tapi kenapa bila anak da besar, da keje berpangkat tinggi, da pakai kereta mewah, rumah ade swimming pool, makan hotel 5 star tapi hantar mak ayah pergi rumah orang tua-tua. kenapa? tak mampu ke nak jaga orang yang da besarkan kte, yang da penuhi setiap impian kte? ataupun takut dieorg akan mengotorkan kereta, rumah kalau tinggal dengan kte? ingat balik, dulu kte laa yang pecahkan pasu, yang buat sepah rumah. tapi tak pernah terdetik sekali pun mak ayah nak hantar kte pergi umah kebajikan. ingat balik, mak ayah lah yang hntar pergi sekolah biase, sekolah agama universiti untuk jadikan anak die pandai. tapi ble anak da hebat, dah terkenal di mata orang, tinggalkan mak ayah kt rumah orang tua-tua. fikir balik, macam tu ke yang dinamakan cara seorang yang berpendidikan tinggi berfikir. ade yang lagi teruk, bergaduh adik-beradik depan kubur pasal harta mak ayah. tak cukup ke hancurkan hati dieorang masa hidup sampai nak kene seksa dieorang dalam kubur. masyaallah. ingat, takde kte tanpa mak ayah. ingat, hilang mak ayah, hilang satu keberkatan. saya bukan anak yang cukup baik tapi saya sentiasa belajar untuk jadi yang kebih baik. saya taknak buat baik sorang2. saya nak korang join. saya kat sini cuma nak share perasaan dengan korang. no offense please.
"setinggi mana pun kita berada, besar dan hebat mana pun pangkat, jangan pernah lupa asal usul kita. jadilah kebanggaan ibubapa bukan hanya semata-mata dunia tapi juga akhirat."
No comments:
Post a Comment